Tular budak bawah umur pandu kereta di jalan sesak

Tular budak bawah umur pandu kereta di jalan sesak

Kali ini, tular pula sebuah video seorang budak lelaki yang dipercayai masih bawah umur memandu kereta jenis Saga di jalan yang sesak.

Difahamkan video yang berdurasi selama seminit 21 saat itu telah dirakam oleh salah seorang rakan budak lelaki itu.

Dapat didengari dalam video tersebut bahawa individu yang merakam seperti terkejut dengan budak lelaki yang memandu kereta terbabit.

“Aduh budak ni, buat hal bawa kereta,” katanya.

Kereta Saga yang dipandu oleh budak lelaki itu kemudiannya memasuki simpang sebelum berhenti di depan kawan-kawannya termasuk si perakam.

Salah seorang daripada rakannya pula mengugut mahu memberitahu bapanya bahawa dia memandu kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa.

Bawah Umur

Video tersebut yang kini telah tular di media sosial telah mencetus kecaman netizen kerana sikap budak-budak zaman sekarang yang tidak takut untuk memandu walaupun dalam keadaan yang bahaya.

11