Rupanya ini kaedah memilih ketam yang banyak isi dan telur

Rupanya ini kaedah memilih ketam yang banyak isi dan telur

Ketam sudah tentulah sinonim dengan pencinta makanan laut. Meskipun proses mendapatkan isinya agak sedikit rumit menyebabkan ramai yang memilih untuk memilih hidangan yang lebih mudah dimakan.

Ternyata hanya mereka yang benar-benar kental sahaja sanggup menjadikannya sebagai hidangan makan, terutama bagi yang pernah merasai kemanisan isinya.

Kebiasannya proses untuk mendapatkan ketam yang bermutu dan berisi seringkali meninggalkan kesan stress, terutamanya selepas mendapat ketam yang ‘kosong’ tiada berisi,  sementelah harga yang dibayar bukan sedikit jumlahnya.

Rupa-rupanya ada cara pilih ketam isi penuh dengan betul dan bukan hanya dengan tengok saiz ketam tersebut sahaja. Namun, ramai dalam kalangan kita yang selalu salah dan penuh dengan perasaan hampa setiap kali makan ketam.

Memetik perkongsian portal SirapLimau, pembaca diajar cara-cara memilih dan membeli ketam yang betul.

CARA PILIH KETAM ISI PENUH, BARU PUAS MAKAN!

1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat. Kecil tak apa yang penting berat.

2.Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitahu perbezaan di antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecil, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur pilih ketam betina.

3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.

4.Saya beli 4 ekor ketam tadi. Nampak tak telur ketam tu? Memang tak mengecewakan.

5.Setelah dicuci dan dibersihkan. Ini lah hasilnya. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.

6.Inilah hasilnya. Keempat-empat ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna, bolehlah try nanti. Alhamdulillah. #SayaAnakNelayan

7.Begitu rupanya cara nak pilih ketam yang penuh dengan isi dan telur. Biasanya main beli je, tak tengok atau teliti apa-apa pun. Lepas ni bolehlah ikut cara dan tips ini, baru puas hati makan!

Namun begitu, ada juga dalam kalangan warga Twitter yang berkongsikan cara lain untuk tentukan waktu paling afdal untuk beli ketam yang mempunyai isi penuh.

Caranya adalah dengan tengok pada kalendar Islam dan bentuk bulan. Ia berkaitan dengan air pasang surut & tindak balas semulajadi ketam. Jadi, nak beli ketam dengan isi penuh, cari pada waktu bulan mengambang, dalam hari ke 14-17 kalendar Islam.