Pertemuan tegang, sumber dedahkan pencalonan Annuar Musa sebagai MB Kelantan ditentang

Pertemuan tegang, sumber dedahkan pencalonan Annuar Musa sebagai MB Kelantan ditentang

Teka-teki kenyataan terkinj Annuar Musa yang dilaporkan bersedia untuk tidak bertanding akhirnya terjawab.

Ini selepaa pencalonan namanya sebagai calon MB Kelantan sekiranya Pas memenangi Plihan Raya Negeri (PRN) akan datang ditentang keraa proksi Timbalan MB.

Perkara tersebut didedahlan sumber yang hadir dalam pertemuan yang disakwa diadakan di sebuah hotel mewah ibu kota baru-baru ini.

Kelmarin, keahlian Annuar Musa ke dalam Pas telah disahkan oleh Setiausaha Agung parti tersebut selepas memutuskan menyertai parti tersebut gara-gara dipecat daripada UMNO sebelum ini.

Namun, ramai pemerhati politik menganggap penyertaannya ke dalam Pas bagi mengintai kerusi MB selepas tidak bertanding pada PRU-15 lepas.

PRN 6 negeri termasuk Kelantan dijangka diadakan pertengahan bulan Julai ini. Selain Kelantan, negeri Terengganu, Kedah, Pulau Linang, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengadakan PRN dalam nanti.

Annuar Musa dalam kenyataannya hari ini seperti dilapor Berita Harian menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding pada PRN Kelantan.

“Saya tidak bertanding pun tidak mengapa, asalkan UMNO tak menang,” kata pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa yang baru menyertai PAS.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, jika diberikan mandat untuk bertanding, beliau perlu berbincang dengan pucuk pimpinan PAS, bagi mengetahui tujuan beliau diamanahkan berbuat demikian.

“Kalau tidak, boleh sahaja bagi peluang kepada anak muda atau calon dalam kalangan ahli PAS yang sudah lama dengan parti ini, lagipun, saya masih baru dalam PAS,” katanya ketika ditanya sekiranya beliau diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau ditemui selepas Program Ceramah Mega Gelombang Kebangkitan Rakyat Pakat Pertahan ‘PAS Pilihanku’ di dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.