Guna khidmat jurusolek Thailand di hari bahagia, ‘makeup’ perkahwinan Janna Nick raih perhatian

Guna khidmat jurusolek Thailand di hari bahagia, ‘makeup’ perkahwinan Janna Nick raih perhatian

Majlis perkahwinan pasangan selebriti, Janna Nick dengan Dini  Schatzmann yang berlangsung pada 10 Jun lalu di Langkawi telah disambut dengan meriah walaupun jemputan majlis terhad kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Penampilan Janna yang begitu cantik dengan busana nikah berwarna putih dan gaun berona sama untuk majlis resepsi telah menarik perhatian ramai.

Guna MUA dari Thailand

Mana tidaknya, hasil mekap semasa majlis perkahwinan selebriti tersebut mendapat sentuhan dari MUA Thailand yang pernah menatarias Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim.

Menerusi TikTok milik Babarabeer, dia telah mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu dan ruangan komennya dihujani dengan maklum balas dari peminat Malaysia yang inginkan video sewaktu dia mendandan Janna.

@babarabeer

Congratulations on your big day 🤵🏻👰🏻‍♀️ Jannanick 💕 Dini แต่งหน้าบ่าวสาวดารามาเลเซีย ✨ #malaysia #malaysiatiktok #wedding #weddingtiktok

♬ Until I Found You – Stephen Sanchez

Nampak natural

Oleh itu, Babarabeer telah memuat naik video sewaktu menyolek Janna yang begitu cantik dengan sentuhan natural yang sangat memukau.

@babarabeer

Replying to @Belazz BRIDAL MAKEUP TUTORIAL with JANNA NICK 👰🏻✨🇲🇾 #solemnisation #wedding #tiktokmalaysia #tiktokwedding #bride

♬ Radio – Lana Del Rey

Janna ucap terima kasih

Menjengah ke Instagram MUA yang diterbangkan dari negara Thailand itu, pelakon drama Bukan Puteri Lindungan Bulan itu telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Babarabeer kerana menjadikannya bagaikan ‘bidadari’ pada hari istimewanya bersama Dini.

Beza betul dengan mekap MUA Malaysia

Perkongsian daripada MUA tersebut telah mendapat pujian daripada warganet Malaysia terutamanya peminat Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu di Pulau Langkawi.

Tak hanya itu, mereka juga memuji wajah mulus Janna yang begitu cantik tanpa sebarang cela ataupun dark circle yang biasanya menjadi ‘igauan para wanita’.

Ni yang pernah Makep Tunku Aminah kan?

Cantiknya kulit Janna!

Mekap tak over, cantik betul!

Mekap masa nikah paling cantik

Muka sebelum mekap tu macam pakai filter

  Patutla cantik, MUA Thailand kot

Untuk rekod, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023. Dini dan Janna dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Dini atau nama sebenarnya, Muhammad Dini Azan Schatzmann telah menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.