Siap lentok kepala di bahu, Ella peluk Amir Masdi depan suami buat peminat kurang senang

Siap lentok kepala di bahu, Ella peluk Amir Masdi depan suami buat peminat kurang senang

 

Tindakan penyanyi rock Ella yang memberi pelukan terhadap penyanyi Amir Masdi mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang kurang senang dengan budaya sebegitu.

Pelukan mesra

Menerusi perkongsian di TikTok, Amir Masdi dilihat hadir ke konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 dan kemudian bergambar bersama penyanyi rock tersebut sebagai kenangan.

Dalam video itu, Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin dilihat menyambut kehadiran Amir dengan satu pelukan. Namun, hal itu tidak disenangi oleh para netizen yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan.

Dalam pada itu, Amir meluahkan rasa keterujaan dapat bertemu pelantun lagu ‘Rama-Rama’ dan melabelnya sebagai ‘Ratu Rock’.

@amir.masdi

Truly the RockQueen, Ella 🤘🏻👑 #jilidakhirellaputerikota

♬ original sound – Amir Masdi – Amir Masdi

Terkejut suami dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyentuh mengenai reaksi suaminya yang dilihat seakan terkejut dengan tindakan penyanyi rock tersebut.

Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menasihati dua penyanyi hebat ini untuk menjaga pergaulan dan memuliakan imej seorang yang beragama Islam.