Ayob Khan calon ‘favourite’ terajui PDRM

Ayob Khan calon ‘favourite’ terajui PDRM

Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay antara nama yang dikatakan bakal mengisi dua jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ini.

Memetik Sinar Harian, kedua-dua pegawai kanan tersebut yang ketika ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman antara nama-nama yang disebut bakal mengisi dua jawatan tertinggi tersebut.

Razarudin ketika ini merupakan Timbalan Ketua Polis Negara dan desas desus menyatakan dirinya akan menjawat jawatan Ketua Polis Negara bertiup kencang selepas Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.

Sebelum ini, kontrak Acryl Sani disambung untuk tempoh dua tahun yang berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober ini.

Acryl Sani berkata, beliau akan mengundurkan diri dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama Julai ini.

Razarudin yang ketika ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.