“Ye haram, akak tahu..” – Wanita berhijab kantoi minum arak ketika live

“Ye haram, akak tahu..” – Wanita berhijab kantoi minum arak ketika live

Setiap orang mempunyai masalah yang harus diselesaikan dengan akal dan fikiran. Namun tak semua yang mampu melakukannya sehingga hanyut dan mengambil jalan penyelasaian yang tidak masuk akal.

Biarpun imej seseorang itu tidak melambangkan keperibadian mereka, namun sudah pasti ramai yang akan beranggapan apabila gadis atau wanita bertudung akan mempunyai sifat malu serta sopan.

Namun, baru-baru ini tersebar sebuah video  yang sememangnya membuat ramai netizen terkejut kerana kelihatan seorang wanita bertudung dan berbaju kurung  minum arak. Lebih membimbangkan, kelakuan wanita ini dipertontonkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.

 

 

@xtraajose

mungkin dia tgh stress, kita doa yg baik²tapi cara healing tu salah #nur666 #nur666eksiden #pemandumabuk

♬ original sound – aku adalah lelaki – aku adalah lelaki

Dalam video tersebut, wanita ini dilihat telah meneguk tin minuman yang dipercayai minuman berkarbonat iaitu APPLE FOX CIDER. Di dalamnya tersebut dengan jelas ada 4.5% ABV. Arak. Sememangnya haram diminum kerana ia dibuat oleh kilang arak Heineken.

Sementara itu, wanita ini akui minuman itu mengandungi alkohol dan haram namun dia berterima kasih kepada penonton yang menasihatinya. Tambahnya lagi, dia sedang mengalami masalah yang berat sehingga terpaksa mengambil minuman tersebut.

“Ya Haram. akak tahu… terima kasih atas nasihat”- katanya dalam nada yang sebak

Namun ramai yang mempersoalkan tindakan wanita ini yang menyiarkan kelakuan buruk secara langsung.

“Kak, ada cara lain kalau mental breakdown ni. Bukan sempat buat live sempat borak merapu semua tu. Lebih-lebih lagi minum benda haram macam tu. Orang pepaling menangis macam nak mampos lepastu terus tido lepastu menangis lag jangan lah buat live hmmm”- tulis salah seorang netizen.

“Hah terpaling mental breakdown. Dulu masa mental aku down nak bukak fon pun tak lalu.”- tulis netizen lain

“Kalau setakat 4.5% kau minum dah mabuk Kau berhenti je lah, buat rosak liver kau la hawau Kalau nak minum tak payah nak tunjuk kat orang, Takde apa nak dibangga kan dgn benda tu”- tulis yang lain.

Tinjauan kami dapati bahawa produk ini telah mula dijual ke Malaysia sejak 2017 lagi. Minuman ini sedang giat dibuat promosi oleh pelbagai pihak non muslim sebagai minuman menyegarkan dan membawa jenama Apple Fox yang terkenal di New Zealand. Semoga pesanan ikhlas ini mendapat manfaatnya. Sama-sama saling ingat-mengingati.