Dah 3 tahun kahwin, wali rupanya bukan adik kandung

Dah 3 tahun kahwin, wali rupanya bukan adik kandung

 

Seorang wanita tergamam selepas mendapat tahu bahawa ikatan perkahwinannya selama tiga tahun tidak sah kerana tidak memiliki pertalian darah dengan wali.

Wali rupanya bukan adik kandung

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian oleh Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli di laman Facebook, wanita terbabit tidak tahu bahawa dirinya hanyalah berstatus anak angkat dalam keluarga tersebut. Pasangan ini telah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata.

Difahamkan, ayah wanita ini sudah lama meninggal dunia, manakala ibunya pula meninggal dunia lima tahun lalu. Sejak daripada itu, dia membesarkan adiknya sendirian.

Memandangkan adik lelaki ini sahaja walinya kerana mereka tidak ada ayah, datuk atau bapa saudara sebelah ayah, maka adik lelaki inilah yang menjadi wali kepada perkahwinan kakaknya.

Berbintikan nama arwah bapa

Sekadar gambar hiasan

Namun siapa sangka, pada suatu hari, mereka menemui sepucuk surat ketika mengemas bilik arwah ibunya. Alangkah terkejutnya ini apabila membaca isi kandungan surat terbabit.

Surat tersebut menyatakan bahawa ada seorang lelaki bernama Manaf (bukan nama sebenar) menyerahkan bayi perempuan kepada bapanya kerana mereka tidak mampu untuk menjaga ramai anak.

Dia terus bertanya kepada bapa saudara sebelah ibunya. Kata pak ciknya, dahulu, mak dengan ayahnya pernah lari membawa diri bertahun lamanya kerana perkahwinan tak dapat restu keluarga.

Selepas mereka pulang ke kampung, mereka membawa bersama anak kecil umur lebih kurang 5 tahun iaitu wanita tersebut. Mereka tak pernah ceritakan apa-apa berkaitan dengan anak angkat. Ketika itu adiknya masih belum lahir. Maka, tiada siapa pun tahu ibu dan bapanya mengambil anak angkat.

Jelas wanita tersebut, selama ini, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana namanya berbintikan arwah bapanya. Namun terdapat keraguan apabila maklumat bapa dalam sijil tersebut ditulis ‘maklumat tidak diketahui’.

Bagi mendapatkan jawapan, dia pun mengajak adik lelakinya segera ke hospital untuk membuat ujian pengesahan DNA. Keputusan DNA mereka negatif.

Menurut Fahmi, pernikahan pasangan ini disebut Nikah Fasid yang bermaksud pernikahan mereka telah rosak pada syarat sah nikah tersebut.