Isteri ternganga, tak sangka cuci kereta sampai RM780

Isteri ternganga, tak sangka cuci kereta sampai RM780

 

Apa sahaja perkara berkenaan kereta, tidak semua perempuan mempunyai pengetahuan yang sama.

Inilah sebab yang terkadang membuatkan mereka terjeret dalam situasi tertentu. Misalnya membawa kereta untuk mendapatkan servis, tidak mustahil golongan perempuan lebih mudah ditipu oleh orang bengkel dan disuruh membayar harga upah tidak masuk akal.

Kali pertama dalam hidup bawa kereta pergi cuci bayar RM780…Saya ingat RM78

Namun bagi wanita bernama Mai Vo ini, lain pula kisahnya. Membawa kereta pada waktu malam untuk dicuci, TikTokers berkenaan tergamam setelah diminta membayar RM780. Disangka tersalah dengar RM78, Mai Vo hanya menghulurkan duit sebanyak RM80 siap menunggu pulangan baki RM2.

Saya tak tahu nak nangis ke nak ketawa…Tapi saya puas hati kereta saya jadi seperti kereta baru

Sekali lagi, pekerja carwash berkenaan menyebut jumlah sebenar bernilai RM780 dan akhirnya Mai Vo akur membayarnya. Rupanya, Mai Vo kurang tahu mengenai istilah ‘polish’ dan ‘coating’ yang disangka sebagai teknik cucian biasa. Walaupun duit tiba-tiba melayang tapa sengaja, dia amat berpuas hati kerana keretanya benar-benar bersih luar dan dalam umpama baru dibeli pula.

НАНАНАНАНА memang itulah harganya…Tapi lepas buat kereta nampak baru

Meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan, ramai netizen ikut terhibur dengan kisah yang dialami oleh Mai Vo. Namun jelas mereka, harga RM780 itu adalah kadar biasa untuk servis cucian profesional sebegitu.

Sempat berseloroh, netizen berkata mungkin mereka ketar tangan untuk membayar jika berada di tempat Mai Vo.