Bayi lemas dari pegangan bapa ketika berkayak

Bayi lemas dari pegangan bapa ketika berkayak

 

Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling.

Memetik laporan Berita Harian, bayi tersebut dipercayai dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.

Difahamkan, bayi lelaki yang dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu dibawa bapanya ke sungai itu untuk aktiviti berkayak.

sungai

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata bapa mangsa dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas daripada pegangannya.

Mangsa kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau namun mayat bayi itu ditemukan semula dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung.

Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di lokasi sama.

bayi

Dalam pada itu, Shamsudin memaklumkan mayat Adryan Mikhael kemudiannya dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.