Rupanya suami ada zuriat luar nikah, isteri lapang dada terima anak itu

Rupanya suami ada zuriat luar nikah, isteri lapang dada terima anak itu

 

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang anak, awalnya kehidupan pelakon sinetron Indonesia, Rezky Aditya dan isterinya, Citra Kirana berada dalam keadaan bahagia.

Namun sekitar 2021, tiba-tiba seorang wanita bernama Wenny Ariani muncul dan membuat pendedahan dirinya melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungan dengan Rezky 8 tahun lalu.

Kekey dilahirkan pada 2012…Wenny besarkan seorang diri

Mengapa baru muncul sekarang? Sebenarnya, Wenny kasihan melihat anaknya, Naira Kaemita Sasmita a.k.a Kekey semakin banyak bertanya tentang gerangan si ayah kandung.

Sejak dilahirkan pada 2012, remaja 12 tahun itu cuma dibesarkan sendiri oleh ibunya tanpa sentuhan kasih seorang bapa.

Kemunculannya 2 tahun lalu bukan saia untuk mendesak Rezky Aditya mengakui status anak itu, bahkan Wenny turut memfailkan tuntutan berupa rumah, wang dan kereta.

Wenny bersama Kekey, anak kandung Rezky

Kekey & Rezky miliki wajah yang sangat serupa

Awalnya, pihak Aditya membuat penafian tegas, enggan jalani ujian DNA namun bersetuju menjalani prosiding lanjut di mahkamah.

Memiliki wajah yang cukup seiras, akhirnya pihak mahkamah memutuskan Kekey memang anak kandung kepada aktor tersebut.

Sudah pasti, pihak yang paling terkesan adalah isterinya, Citra Kirana.

Rezky Aditya bersama isteri & anak kandung mereka

Isteri sah terima takdir Allah…Harungi dugaan dengan suami tersayang

Meskipun kecewa, wanita ini memilih untuk terus berada di samping suami tercinta bagi melayari ujian berat tersebut.

Masa silam itu sudah lama berlalu, kini dia mahu isu tersebut segera berakhir.

Dia juga menyokong tindakan Rezky untuk jalani ujian DNA demi menamatkan segala keraguan.

Andai terbukti secara biologi Kekey memang anak kandung Rezky, Citra Kirana akan terus berlapang dada.

“Aku & Rezky sudah berbincang, kalau benar, it’s okey. Asalkan datangnya baik-baik, niatnya baik, kita raikan. Rezky seorang yang sangat tenang.

Itulah yang buatkan aku selesa jalani hidup dengan dia. Rasa dilindungi, didengari, dia selalu ada untuk aku.

Apa yang jadi hanyalah masa silam suami, aku taknak terlalu fikir atau merisaukannya”