Cik Pia terjah kereta di parkir nak serah surat mahkamah, Boss Kay lari dan mengelak
Masalah rumah tangga influencer terkenal, Boss Kayy dan juga bekas-bekas isterinya kerap kali mendapat perhatian ramai.
Bekas isteri terjah di parkir
Terbaru, bekas isteri keduanya, Nor Sufiia Johari telah merakam video sewaktu ‘menerjah’ Boss Kay bagi menyerahkan surat mahkamah kepadanya.
@norsufiiajohari wartawan terjah,❎ bakal JANDA terjah ✅ KLU tak salah knp lari..Sye nk mintak kerjasama awk je untuk amek surat mahkamah..#fypシ゚viral #trending #fypシ #cikpia #viral #fypage #tiktok #fypp #sahabatbosskay #norsufiajohari
Masing-masing buat live
Difahamkan, dia telah menerjah guru TikTok itu di kawasan parkir sebuah pusat perniagaan.
Namun, apa yang tidak disangka-sangka adalah tindakannya itu turut dapat dilihat oleh pengikut Boss Kay di TikTok memandangkan kedua-duanya sedang membuat siaran langsung.
@ayu_kekasih..themelvin CP terjah BK hari ni,jadi gengster CP hari ni katanya😂😂. Live BK kredit dari vtt @fatin_selaiman,Live cp dari saya sendiri . #fyp #viral #norsufiajohari #cikpia #wanitahebatwanitakuat #bk #terjah
♬ original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor – Kekasih Rahayu Agent Selangor
Terus ‘gerak’ lepas kena terjah
Menerusi siaran langsung tersebut, Boss Kay mengatakan kepada pengikutnya yang dia tidak kenal Cik Pia dan menutup tingkap kereta sebelum menggelar wanita itu psiko.
Tak lama selepas itu, dia telah berlalu pergi meninggalkan bekas isteri yang masih membuat live di TikTok.
@d4dy3_rx2 Replying to @hunnyparadise
Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan berkenaan hal tersebut memandangkan Cik Pia mengatakan yang bekas suami telah berlalu pergi selepas dia menerjah lelaki berkenaan.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu hanya memaklumkan yang kereta dipandu bekas suami adalah kenderaan sewa.
@norsufiiajohari Saya tak kejar die pun..jumpa semula KT pintu out..tp palang xbolh tebukk..kami hanya melihat adegan tukar2 kad UTK membayar didlm kereta.tp malangnya kemungkinan tiada cukup duit UTK keluar parking & kereta terpaksa reverse semula..#norsufiajohari #fypp #tiktok #fypage #viral #cikpia #fypシ #trending #fypシ゚viral #sahabatbosskay
Untuk rekod, Boss Kay dan isteri, Tash Yong telah tular pada minggu lalu apabila bekas isteri pertama influencer berkenaan memaklumkan yang anak mereka telah disekat di aplikasi WhatsApp sehingga menangis kerana gagal menghubungi lelaki itu.
Namun, perkara tersebut telah dijawab dengan jelas oleh Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz menyatakan yang dia terpaksa berbuat demikian kerana nombor telefon anak mereka telah disalah guna bekas isteri untuk menyerangnya.