2 tahun tunggu, bakal suami meninggal dunia sehari sebelum nikah

2 tahun tunggu, bakal suami meninggal dunia sehari sebelum nikah

 

Tak dapat digambarkan betapa pilunya hati wanita ini apabila bakal suaminya telah menghembuskan nafas terakhir sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Meninggal dunia sehari sebelum nikah

Menerusi perkongsian di Facebook, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Eka Kartini meluahkan rasa sedih dengan pemergian bakal suaminya, Wawan. Penantian selama dua tahun untuk bergelar suami isteri tidak kesampaian apabila bakal suami telah dijemput Ilahi pada 11 Julai lalu. Difahamkan, majlis perkahwinan Eka dan Wawan yang sepatutnya berlangsung pada 12 Julai, Rabu bertukar menjadi majlis tahlil.

Menerusi video yang dikongsikan, Eka tidak dapat menahan sebak lalu menangis sambil memeluk kubur bakal suaminya itu.

Hai, Assalamualaikum malaikat tanpa sayapku. Good morning cinta. Sudah bahagia ya awak di syurga, baik-baik di sana. Saya selalu pergi ke rumah terakhir awak untuk melawat, menemani dan cerita tentang hari-hari saya.

Awak cakap nak jaga dan teman saya sampai mati, tapi apa? Awak bohong, Wawan.

Dalam pada itu, Eka akui pemergian Wawan secara mengejut seperti satu tamparan hebat buat dirinya malah dia kerap menangis mengenangkan kerinduan terhadap sosok jejaka yang dicintainya itu.

Ujar Eka lagi, dia tidak sangka Wawan akan meninggalkannya dalam masa terdekat namun dia bersyukur kerana menjadi cinta terakhir Wawan.