Sujud syukur dalam kandang mahkamah, Ismahalil Hamzah bebas hukuman gantung – “Saya janji akan..”
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang sebelum ini didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran seberat 374.6 gram pada tahun 2021 terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskannya daripada tuduhan tersebut.
Memetik laporan Sinar Harian, keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendapati Ismahalil, 50 berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Sejurus keputusan diketahui, bekas penyampai radio berkenaan yang memakai baju T dan berkopiah putih, terperosok ke bawah kerusi di kandang tertuduh.
Ismahalil kemudiannya nampak lega dan bersyukur apabila terlepas daripada hukuman atas tuduhan terbabit sewaktu keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah.
[Berita] Bekas penyampai radio Ismahalil bebas tuduhan edar dadahhttps://t.co/y3bTMqGqfe https://t.co/rALckTV24P
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 17, 2023
Kes pembelaan berkenaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Sebelum ini, Ismahalil didawak buat kali pertama pada 6 September 2021 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan berkenaan.
Mamun mengaku tidak bersalah pada 21 Februari tahun lalu atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Malah, pada 27 Februari lalu, dia juga menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anak selepas pihak mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.