“Risiko bakteria & kulat” – Trend peniaga jual air balang dalam akuarium undang kerisauan netizen
Baru-baru ini tular mengenai teh tarik viral yang menarik perhatian ramai. Teh tarik tersebut bukan terkenal kerana rasanya, tetapi cara penghasilan teh tarik itu.
Bagi menghasilkan teh tarik yang lebih berbuih, ada peniaga yang mengambil inisiatif menggunakan pam dan akuarium. Lagi mengejutkan apabila perkara tersebut mula menjadi ikutan para peniaga lain.
Bagaimanapun, timbul kebimbangan di kalangan netizen yang khuatir dengan trend tersebut boleh mengundang kemudaratan kepada para pengguna.
Sehubungan dengan itu, Public Health Malaysia melalui hantaran di Facebook mengingatkan para peniaga agar mengutamakan keselamatan pengguna. Dan pengguna juga perlu bijak memilih premis makanan yang sihat.
“Bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Untuk keselamatan, pilih bekas yang bertanda gred makanan.
“Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan. Ada bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser,” katanya.