Viral harga sardin naik melambung RM13.30, Menteri tampil beri penjelasan

Viral harga sardin naik melambung RM13.30, Menteri tampil beri penjelasan

 

Viral harga sardin naik melambung RM13.30, Menteri sahkan tiada kenaikan berlaku. Ramai melahirkan rasa terkejut dengan kenaikan sardin sehingga RM13.30 seperti ditularkan oleh seorang pengguna  fb Tattyrana Ismail 11 di Permatang Damar Laut.

Viral Harga Sardin Naik Melambung RM13.30

Jelas Tattyrana, dahulu sardin dijual pada harga  RM10.80 tetapi sejak semalam ia sudah meningkat begitu ketara iaitu dijual pada RM13.30 di kawasan tempat tinggalnya.

Viral Harga Sardin Naik Melambung RM13.30, Menteri Sahkan Tiada Kenaikan Berlaku

Hal ini menjadi viral kerana dahulu sardin dianggap makanan rakyat marhaen dan harganya jauh lebih murah berbanding apa ditularkan semalam. Bagaimana pun harga berkenaan mendapat respon dari pengguna kerana rata-rata memaklumkan harga sardin cap ayam bersaiz besar di tempat mereka dijual pada harga di bawah RM10. Ada boleh diperoleh pada harga RM9.40 setin.

Bahkan kerana isu ini ramai yang agak panik dan kemudian sanggup ke pasaraya untuk mendapatkan bekalan sebelum memaklumkan, tiada kenaikan terjadi.

Menteri Sahkan Tiada Kenaikan Berlaku

Hal kenaikan harga sardin ini turut mendapat respon pastas dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Salahuddin Ayub yang memaklumkan pasaraya utama seperti Mydin dan Econsave masih menjual di bawah RM10. Malah dirinya menasihati agar pengguna membuat semakan dan peroleh fakta yang tepat.

Viral Harga Sardin Naik Melambung RM13.30, Menteri Sahkan Tiada Kenaikan Berlaku