Lelaki dakwa patah hidung & lebam seluruh badan selepas dipukul anggota JMF ketika perlawanan akhir FA
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila beberapa penonton yang datang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) mencetuskan provokasi dalam stadium.
Menurut laporan Harian Metro, seorang penonton cedera selepas mendakwa dirinya dipukul anggota Johor Military Force (JMF).
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki yang berusia 30 tahun itu turut mendakwa dirinya mengalami kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.
Beliau berkata mangsa pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Bagaimanapun, keadaan mangsa baik dan stabil. Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, kes tersebut kini berada dalam siasatan pihak polis dan diminta orang ramai yang melihat kejadian terbabit tampil Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.
Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya).
Yesterday I tweeted about allegations that personnel from the ROYAL JOHOR MILITARY FORCE were involved in the brutal assault of a football supporter watching the KLCity vs JDT FA Cup final match in Johor Sat night.
Iskandar Putri OCPD confirmed the matter pic.twitter.com/H2a2tGJZXO
— Syed Jaymal Zahiid🌹 (@SyedJymalZahiid) July 24, 2023
Menerusi video tular itu, beberapa penonton yang dikatakan bertindak biadab itu telah diarahkan keluar oleh anggota JMF bagi mengelak situasi buruk tercetus.
Tindakan pegawai berkenaan menerima sorakan ramai yang berpuas hati melihat individu-indivu yang membuat kecoh itu telah ditahan.
Difahamkan, penonton yang dihalau itu cuba melakukan provokasi dan bertindak memberikan isyarat yang kurang baik ketika perlawanan berlangsung.