Ulas kes budak 4 tahun maut kemalangan, rupanya ini yang terjadi buat pembaca berita rasa sebak
Baru-baru ini, tular satu video seorang pembaca berita wanita yang dirakam tidak dapat menahan sebak ketika bersiaran secara langsung pada malam semalam.
Norintan Ezreen Amir Hamzah, pembaca berita itu kelihatan sebak dan tidak dapat mengawal emosinya ketika menyampaikan berita mengenai seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Menurut Norintan, dia sebak kerana terfikirkan anaknya yang juga berusia empat tahun. Malah, nalurinya sebagai seorang ibu tersentuh sewaktu menyampaikan berita berkenaan.
PETALING JAYA: Penyampai berita TV3, Norintan Ezreena Amir Hamzah gagal menahan sebak ketika bersiaran secara langsung di Buletin 1.30, hari ini.#Kool101 #EzreenaAmirHamzah #kanakkanak #kemalangan #SungaiWay
Sumber: @BuletinTV3 pic.twitter.com/LHTQANTiSC
— Kool 101 🇲🇾 (@kool101my) July 24, 2023
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terkesan dengan penyampaian berita yang sungguh beremosi itu.
Malah, kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia sewaktu dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.