Warisi legasi arwah bapa, Fatihah Salahuddin bakal calon ganti di Parlimen Pulai

Warisi legasi arwah bapa, Fatihah Salahuddin bakal calon ganti di Parlimen Pulai

Anak arwah Dato Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahaddin disebut-sebut menjadi calon parlimen atau dun menggantikan bapanya yang baru meninggal dunia.

Fatihah Salahuddin yang juga seorang peguam pernah menjadi Pegawai Khas kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof.

Beliau juga merupakan bekas pemimpin Warda Nasional, sayap wanita muda di bawah Parti Amanah Negara.

Menurut sumber, kepimpinan yang ditunjukkan Fatihah semasa menyuarakan sesuatu isu dilihat menjadi faktor penting untuk menang di kawasan itu.

Video temubual Fatihah Salahuddin bersama astro Awani menjadi contoh karekter wanita muda itu mampu menarik penonton untuk mendengar.

Selain itu, sikap kepimpinan dan budiman Salahuddin Ayub yang terus menjadi buah mulut rakyat Malaysia semenjak semalam juga boleh menjadi faktor utama dimana legasi arwah boleh terus meneruskan bakti kepada rakyat.

Perkara ini menjadi faktor utama yang boleh memberikan kemenangan kepada HARAPAN untuk mempertahankan Parlimen atau DUN, Pulai dan Simpang Jeram.

Sebentar tadi, Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai susulan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan terbabit.

Arwah Salahuddin Ayub sebelum ini menjadi wakil rakyat di Dun Simpang Jeram, Dun Nusa Jaya dan Parlimen Pulai telah berkhidmat selama 3 penggal di dun dan parlimen.