Nabil Ahmad geram netizen persoal kemenangan Bell Ngasri

Nabil Ahmad geram netizen persoal kemenangan Bell Ngasri

 

Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai kemenangan pelakon Bell Ngasri yang bukan saja memenangi Artis Komedi Popular malah dinobat Bintang Paling Popular APBPBH35.

Bagaimanapun, ada suara-suara mempertikaikan kemenangan pelawak itu. Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara Nabil Ahmad yang hairan dengan pihak yang mempertikaikan perkara tersebut.

Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Nabil berkata Bell sudah mula berlakon sejak usia enam tahun dan itu adalah rezekinya apabila menang di ABPBH.

“Saya tak faham kenapa ada orang pertikai kemenangan Bell di ABPBH 35. Itu rezeki dia, kenapa kau (netizen) mesti nak pertikaikan rezeki orang lain.

“Bell dah mula berlakon sejak umur dia enam tahun, sangat awal. Sekarang baru dapat peluang untuk merangkul anugerah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika siaran langsung itu Elly Mazlein turut menasihati orang ramai supaya bertenang serta menjaga pertuturan di dalam media sosial.

“Bella memang layak selayaknya, tapi kenapa orang dekat Facebook garang-garang ya? Saya mohon orang ramai kena bertenang dan jangan nasihat yang diberikan sehingga mengaibkan,” katanya.