Ustazah saksi ke 7, dakwa anak turut jadi mangsa PU Azman
Memetik laporan Harian Metro, saksi yang merupakan seorang bekas guru kepada mangsa dan juga ibu kepada salah seorang lagi mangsa di hadapan Hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. Kata wanita itu, perkara ini didedahkan sendiri oleh remaja lelaki berkenaan.
“Seingat saya, apa yang mangsa cerita, PU Azman meminta dilakukan seks oral. Selain itu mangsa juga berkata yang dia diminta untuk bercium dengan PU Azman.”
Ustazah berusia 46 tahun yang juga bekas guru kepada satu dari dua mangsa memberitahu mangsa ada menceritakan kepadanya tindakan PU Azman.
Dalam masa yang sama, saksi ketujuh itu juga mendedahkan yang anaknya sendiri juga turut menjadi mangsa PU Azman ketika datang ke rumahnya.
“Ketika kejadian saya ada di rumah anak saudara tapi anak beritahu tentang kejadian seksual berlaku dan mendesak saya balik.”
“Pada mulanya saya tak percaya apa dikatakan oleh anak dan pada masa sama tidak percaya juga yang PU Azman akan melakukan perkara itu.”
Tegasnya lagi, dia lebih mempercayai anaknya berbanding PU Azman, malah, jelasnya lagi, selepas kejadian berkenaan, anaknya memberitahu seorang lagi rakannya turut menjadi mangsa dan diperlakukan dengan lebih teruk.
Bahkan wanita itu mendedahkan yang PU Azman pernah menghubunginya sebab mahu bertanyakan individu yang ada di dalam gambar iaitu remaja lelaki berkenaan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.
Sumber turut melaporkan bahawa, dijangka seramai 26 orang saksi akan dipanggil sepanjang tempoh kes perbicaraan yang bermula pada 24 Julai lalu.