Pasti anda terkejut bila turun saja dari kapal terbang di luar negara lihat orang memandu kereta di sebelah kiri, ini sebabnya

Pasti anda terkejut bila turun saja dari kapal terbang di luar negara lihat orang memandu kereta di sebelah kiri, ini sebabnya

 

Tidak kira berapa kali anda berkunjung ke negara sama ada England atau Jepun, pasti anda akan terkejut bila turun saja dari kapal terbang dan lihat orang memandu kereta di sebelah kiri.

Sudah pasti setiap negara mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan sesuatu perkara.

Dari segi sistem metrik mungkin ianya lebih besar dari negara lain. sebagai contohnya Amerika Syarikat, mereka menggunakan inci dan ‘kaki’ untuk mengukur sesuatu.

Sama juga seperti mata wang apatah lagi adat resam dan bahasa, sudah tentu berbeza.

Tapi pernah terfikir tak kenapa terdapat perbezaan arah pemanduan di jalan raya? Sejarah mencatatkan kereta dicipta pada abad ke-20, tapi kenapa dunia tidak boleh menyeragamkan satu sistem arah pemanduan?

Orang kidal adalah penentu arah?

Walaupun kereta adalah ciptaan yang moden, tapi bahu jalan yang kita gunakan mempunyai sejarahnya tersendiri. Menurut National Geographic, penyumbang terbesar dalam penentuan bahagian arah yang mana untuk dipilih untuk memandu adalah mereka yang kidal.

“Orang Rom kuno memandu kereta dengan tampuk di tangan kanan untuk membolehkan mereka menyebat kuda dengan tangan kiri mereka. Namun dengan cara itu, terdapat sedikit risiko secara tanpa sengaja bagi penyebat kuda lain,” maklum artikel tersebut.

Selama berabad-abad, memandu di bahagian tertentu jalan kebanyakannya hanyalah adat. Tidak terlalu ramai pengembara dan jalan masih tidak berturap atau bertanda untuk mengarahkan lalu lintas membuatkan ia bukanlah satu hal yang penting.

National Geographic menyatakan bahawa pengaruh terbesar dalam menentukan arah pemanduan adalah pengasas Ford iaitu Henry Ford yang mencipta Model T di mana pemandu berada di sebelah kiri. Tujuannya adalah untuk memudahkan penumpang hadapan dan belakang keluar menggunakan pintu di bahagian tepi jalan.

Terdapat banyak negara yang meniru seperti Canada, Itali dan Sepanyol dengan menukarkan kepada pemanduan sebelah kanan pada tahun 1920. Manakala, kebanyakan negara di timur Eropah mengubahnya sekitar tahun 30-an.

Difahamkan, Perancis dan negara-negara di Afrika juga turut menggunakan pemanduan sebelah kanan sejak bertahun-tahun dahulu. Namun British masih mengekalkan pemanduan di sebelah kiri.

Kenapa masih ada yang memandu di sebelah kiri?

Jadi kenapa masih terdapat 50 buah negara yang mengekalkan pemanduan di sebelah kiri? Menurut National Geographic, sebabnya yang boleh diterima akal adalah momentum.

Jelas artikel itu, bandar-bandar besar di Eropah seperti London telah direka untuk menampung pemanduan tangan kiri, jadi perubahan arah pemanduan bukanlah sesuatu hal yang mudah.

Mengubah peraturan jalan raya adalah hal yang kompleks dan sukar untuk dilakukan. Semakin pantas masa bergerak, jadi semakin banyak kereta yang menguasai jalan raya dan ia menjadikannya lebih sukar.

Merujuk kenyataan dari National Graphic, kawasan yang paling mengelirukan adalah di lintasan sempadan.

“Pemandu perlu menukar posisi pemanduan dengan segera. Pemandu yang melintasi Selat Inggeris perlu bertukar apabila mereka tiba di Perancis.

“Perkara yang sama berlaku apabila melintasi sempadan China dan Pakistan serta China dan Hong Kong,” jelasnya.