Tular kedai makan di Indonesia saji menu kelawar masak lemak, jadi menu istimewa untuk ubati penyakit asma

Tular kedai makan di Indonesia saji menu kelawar masak lemak, jadi menu istimewa untuk ubati penyakit asma

 

Bila dengan makanan pelik sahaja pastinya muncul nama satu negara dalam benak fikiran, tapi kini menu pelik ini boleh didapati di negara jiran.

Kelawar pernah menjadi mimpi ngeri pada tahun 2020, apabila Coronavirus atau Covid19 menyerang seluruh dunia hingga menyebabkan jutaan nyawa melayang.

Timbul spekulasi mengatakan wabak tersebut berpunca daripada Pasar Hunan Seafood yang terletak di bandar Wuhan, China. Pasar tersebut terkenal dengan makanan eksotik.

Difahamkan, pasar tersebut sangat popular dengan menjual haiwan eksotik seperti kelawar, ular tedung, tikus, serigala hidup dan koala untuk dijadikan makanan.

Baru-baru ini tular mengenai makanan eksotik yang dijual di Indonesia, satu kedai menyajikan menu kelawar masak lemak.

Menu tersebut juga sebenarnya sangat terkenal di Sulawesi Utara yang diketahui mempunyai kepelbagaian etnik.

Penduduk Sulawesi percaya bahawa daging kelawar ini mampu untuk mencegah dan mengubati penyakit asma.

Menerusi satu episod Best Ever Food Review Show, pengacara, Sonny Side telah berkunjung ke perkampungan yang menjadikan acara makan daging kelawar sebagai budaya masyarakat setempat.

Daging kelawar itu dipotong menjadi kecil sebelum dibersihkan pada bahagian-bahagian tertentu agar tidak berbau hanyir selepas dimasak.

Bagaimanapun kepala kelawar tidak akan dibuang kerana bagi mereka kulit di kepala kelawar serta lidahnya adalah bahagian paling sedap.

Kelawar adalah sejenis binatang pembawa pelbagai jenis penyakit yang mampu untuk menular kepada manusia dengan mudah.

Namun sehingga kini tiada masalah kesihatan dilaporkan di perkampungan itu berkaitan makan daging kelawar.