“Jangan ajar seorang isteri sabar” – Upload kapsyen sedih & buang foto suami, rumah tangga Irma Hasmie dikatakan bermasalah?

“Jangan ajar seorang isteri sabar” – Upload kapsyen sedih & buang foto suami, rumah tangga Irma Hasmie dikatakan bermasalah?

Pelakon Irma Hasmie hari ini telah mencuri perhatian ramai apabila dia ada memuat naik satu hantaran berbaur sedih dan kecewa di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Irma ada menulis kapsyen di mana dia menzahirkan erti sabar seorang isteri yang melahirkan anak-anak untuk sang suami.

Irma Hasmie  

Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah.

Berikutan itu, netizen di ruangan komen mula membuat spekulasi dan meneka aktres dan personaliti TV itu sedang mempunyai masalah dalam rumah tangganya.

Menjengah ke ruangan komen, bukan sahaja netizen malah rakan-rakan artis turut menitipkan ucapan semangat buat Irma atas segala dugaan yang mungkin dihadapinya pada ketika ini.

Irma dalam pada itu turut membalas komen warga maya dan memohon doa daripada orang ramai agar dikurniakan kesabaran yang tinggi.

Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri.

Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga.

Malah, foto suami Irma, Redza Syah Azmeer Radzuan juga sudah tidak kelihatan lagi di Instagram miliknya; hanya tinggal foto anak-anak dan aktiviti seni dibiarkan di media sosial pelakon itu.

 

Sekadar info, Irma telah mendirikan rumah tangga bersama Redza yang merupakan seorang duda dan juga ahli perniagaan pada tahun 2012.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak yang kini berusia 10 dan 9 tahun.