“Pakcik, pegi makan ubat” – Ketua Penerangan Bersatu dakwa gambar Anwar angkat tangan telah diedit, lelaki ini tampil dedah perkara sebenar
Tular satu video temuramah Ketua Penerangan BERSATU Tangga Batu yang juga bekas wartawan mendakwa, gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat tangan ketika ditahan adalah gambar yang telah disunting.
“Gambar Anwar Ibrahim angkat tangan, saya punya gambar. Orang kata gambar tu dekat mahkamah Jalan Raja, tak betul. Mahkamah PJ, hari pertama Anwar dibawa ke mahkamah. Hari pertama lepas mata dia lebam kena pukul tu, saya dapat info daripada Singapura untuk dapatkan visual Anwar.
Tak ada angkat tangan
PENDEDAHAN EKSKLUSIF! Bekas wartawan/jurugambar Tuan Marco mendedahkan, gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan di Mahkamah pada tahun 1998, adalah gambar yang di'edit'.#HarakahDaily #PNtetapBEST #PrihatinBersihStabil pic.twitter.com/jYIha0hxz6
— HarakahDaily | الحركة (@harakahdailyHD) August 2, 2023
“Mana datang gambar tu? Saya ambil video tau bukan gambar, pakai beta cam kamera besar duduk dekat pejabat kaji cuaca. Saya dapat rakam Anwar dalam 8 hingga ke 9 saat. Dia melintas lebih kurang dalam 10 meter macam tu, dia pandang. Tak ada pula dia angkat tangan.
“Angkat tangan tu ada orang buatkan. Sebenarnya dia pandang macam tu je, gambar tu buatan. Anwar pun jangan nak berlakon kata gambar angkat tangan tu. Jangan nak bohong. Saya cameraman tahun 1998 masa tu,” katanya.
Namun begitu kenyataan yang dibuat oleh lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Tuan Marco disanggah netizen.
Gambar milik media asing, Ed Wray
Netizen mengemukakan bukti bahawa, rakaman gambar tersebut telah dirakam oleh jurugambar media asing, Ed Wray. Ed Wray pernah menyatakan rasa bangga apabila dapat merakamkan momen semasa Anwar ditahan.
Kenyataan Tuan Marco juga disangkal oleh seorang pengamal media. Beliau mendakwa telah menjalankan tugas dari awal semasa Anwar dipecat sehinggalah Anwar ditangkap dan dibawa ke mahkamah.
“Nak tahu kebenarannya, saya buat liputan hari itu. Sepanjang Anwar dipecat sampai ditangkap, saya berkampung kat Jalan Setia Murni tu. Siap tidur dalam kereta stakeout. Saya cover tiap minggu Reformasi sampai liputan mahkamah belah luar.
Nak tahu kebenarannya?
Saya buat liputan hari tu.
Sepanjang dari Anwar dipecat sampai ditangkap, saya berkampun kat Jalan Setia Murni tu. Siap tidur dalam kereta stakeout.
Saya cover tiap minggu Reformasi sampai ke liputan mahkamah belah luar.
Pakcik. Gi makan ubat. https://t.co/17VkN99TKH
— ᴊᴏᴇ ʟᴇᴇ (@iamjoelee) August 2, 2023
“Untuk makluman, saya ikut ke mana sahaja kerana itu tugas saya demi liputan. Sampai ke malam di Kampung Baru yang lepas tembakan kecoh itu.
“Jangan sembang terpaling media cover, terpaling tahu la ya. Pakcik pergi makan ubat,” katanya.
Terdahulu, aksi gaya mengangkat tangan itu ditiru oleh penyandang Dun Jeneri, Sanusi ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah.
Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai berdepan tuduhan berkaitan kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
Aksi itu sekali lagi dibuat semasa sesi penamaan calon baru-baru ini.