Beri nafkah RM100 cuma masak sayur tauge, suami akui menyesal nikahi isteri kufur nikmat

Beri nafkah RM100 cuma masak sayur tauge, suami akui menyesal nikahi isteri kufur nikmat

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, seeloknya didiklah mereka tentang kerja-kerja rumah termasuklah pembelian barang dapur setiap bulan. Sekurang-kurangnya apabila sudah berkahwin nanti, mereka tidak meletakkan 100% beban menguruskan rumah tangga kepada isteri secara melulu.

Sudah sebulan isteri hanya masak tauge

Baru-baru ini di TikTok, penulis bernama Meisya Jasmyn berkongsikan luahan seorang lelaki tentang masalah rumah tangganya. Penat keluar bekerja setiap hari, dia terkilan kerana isterinya cuma menghidang lauk tauge selama sebulan berturut-turut. Jelasnya, dia sudah memberikan nafkah RM100 khas untuk membeli lauk basah serta sayur sahaja. Manakala minyak, beras dan tong gas pula sudah disediakan.

“Haruskah seorang suami yang dah berjuang mencari nafkah hanya dihidangkan sayur tauge setiap hari?”

RM100 tak termasuk duit skincare

Si suami ada bertanya lanjut, namun isteri dalam nada marah berkata duit itu tidak cukup untuk membeli daging. Di sini, dia merasa amat tidak berpuas hati mengapa timbul isu tidak cukup. Masih belum dikurniakan anak, si suami yakin jumlah RM100 sebenarnya mencukupi untuk makan minum mereka berdua.

“Saya beri RM100 sebulan. Tak perlu beli bedak atau makeup sebab saya tak suka. Dari awal nikah, mak dah pesan jangan bagi isteri duit berdandan. Kerana ia boleh menjurus kepada bibit-bibit perselingkuhan”

Saya menyesal sebenarnya nikahi isteri yang kufur nikmat

Sudah nekad untuk bercerai atas suruhan ibunya, namun lelaki ini sayang memikirkan kos yang sudah dihabiskan untuk melangsungkan perkahwinan sebelum ini. Ia termasuklah pemberian hantaran yang cukup lumayan kepada pihak isteri.