Siang suami sah ceraikan isteri pertama, malam Miera Liyana ‘up’ video pergi makan satu keluarga
Selepas 28 tahun bersama, rumah tangga suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abd Mutalib akhirnya berakhir dengan bercerai talak satu, semalam.
Lagu ‘Only’
Miera yang tidak menemani suaminya ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dilihat memuat naik satu Instagram Story, pada sebelah malam.
Menerusi rakaman video pendek itu, memaparkan Miera dan suami serta keluarga sedang gembira menikmati makan malam. Aktres berumur 30 tahun itu turut memilih lagu Only nyanyian Lee Hi sebagai muzik latar.
Netizen amuk
Sementara itu, hasil pemerhatian OhBulan!, pemilik nama Miera Leyana Kasmi telah menutup ruangan komen di hantaran yang dimuat naik pada dua hari yang lepas.
Bagaimanapun, netizen menyerbu dan meninggalkan kata-kata marah serta menggelarkan Miera sebagai penyondol di entri yang dikongsikan pada 25 Julai.
Terdahulu, media melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.