Undi 18 : SPR hina parlimen

Undi 18 : SPR hina parlimen

Usul Undi18 diluluskan dalam parlimen pada 16 Julai 2019 dengan 211 daripada 211 ahli parlimen dalam dewan menyokong termasuk PM6, PM7, PM8 dan Menteri Undang-undang kerajaan PN sekarang.

Tiada seorang membantah dan tiada seorang berkecuali.

Jadi, patutkah kerajaan hari ini memberi alasan bahawa mereka perlu masa sehingga September 2022 untuk melaksanakan perintah sebulat suara parlimen ini termasuk suara PM8 yang turut menyokong dalam Dewan masa itu?

Adakah kerajaan perlu tempoh masa 3 tahun dan 2 bulan untuk tukar syarat mendaftar dari “telah mencapai umur 21 tahun” ke “telah mencapai umur 18 tahun”?