Ibu mentua sihir menantu, lumur darah haid sebab tak restu perkahwinan – “Kemaluan rasa terbakar”
Dilema dalam sebuah perkahwinan apabila rumah tangga yang dibina tidak mendapat restu orang tua.
Lebih mengecewakan apabila mentua bertindak melakukan taktik kotor semata-mata mahu meruntuhkan rumah tangga anaknya.
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang berdepan ujian berat apabila disihir ibu mentuanya dengan cara dilumur darah haid pada badan hanya kerana perkahwinannya tidak direstui.
Kisah itu dikongsikan oleh akaun TikTok @nurularsyifaalmustaqim, perawat wanita bagi ratawan alternatif berhubung seorang pesakitnya.
@nurularsyifaalmustaqim temui saya di kuantan pahang pada 11-13 0gos. #sihir #ilmuhitam #khurafat #susuk #rawatanganguanmaklushalus #arsyifa #rawatanarsyifa #rawatanarsyifaalmustaqim #perawatarsyifawanita #kuantan #pasirgudang #singapore #kualarompinpahang๐ฒ๐พ #fyp
โฌ Setanggi Syurga – ๊ง ๐น.๐๐๐_๐ถ๐๐๐๐๐๐๐ ๊ง
Akibat tindakan ibu mentua itu, wanita tersebut menanggung kesakitan yang amat dahsyat pada badannya.
โIbu mentua bertopengkan iblis. Alim, imej yang warak bukanlah tiket ke syurga. Satu badannya dilumurkan darah kotor atau haid.
โItulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuknya. Perkahwinan yang tak direstui, akhirnya hidupnya merana,โ tulisnya.
Wanita itu juga menceritakan bahawa perkara yang dihadapinya bukan rekaan kerana disaksikan bapa mentuanya.
โUstazah saya bukan reka cerita. Bapa mentua saya saksi ibu mentua hampir setiap hari memuja gambar perkahwinan kami yang dilumurkan dengan darah haid yang busuk,โ tulisnya yang memetik kata-kata wanita itu.
Melihat situasi yang dihadapi wanita itu, pemilik TikTok meluahkan rasa sedih kerana wujud manusia sezalim itu.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan pilu apabila mendengar jeritannya menanggung kesakitan.
Malah, ada juga yang berkongsi kisah berhadapan situasi tidak disukai ibu mentua dan hanya mampu berdoa supaya terbuka hati menerima kehadiran mereka.