Perak Fc atasi Penang Fc, tapi ada gol kontroversi?

Perak Fc atasi Penang Fc, tapi ada gol kontroversi?

 

Antara isu yang selalu menjadi bualan peminat Liga Malaysia adalah mutu pengadilan yang sering jadi kontroversi terutama dalam perlawanan besar. Semalam, ketika perlawanan Perak FC lawan Penang FC sekali lagi mutu pengadilan dipersoal.

Gol ketiga Perak FC yang dijaringkan Seo Seon-Ung pada minit ke-75 secara mata kasarnya jelas dalam posisi off-side. Namun, gol itu tetap dibenarkan oleh pengadil perlawanan malam tadi.

Pengadil yang bertugas dalam perlawanan itu diketuai oleh Hasrol Amir dan dibantu oleh dua penjaga garisan iaitu Fazrul Izwan dan Tuan Ahmad Razlan serta pengadil keempat ialah Abdul Rahman Wahab.

Jika dilihat ulangtayang yang SK kepilkan dalam artikel ini dari Astro Arena, tiada pertikaian sepatutnya berlaku. Gol itu seharusnya dibatalkan. Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan yang menajdi panel jemputan juga yakin gol itu sepatutnya dibatalkan.

Adakah situasi seperti gambar di atas masih memerlukan bantuan VAR untuk sahkan atau membatalkan gol tersebut? Ketika pemain import itu menahan bola yang diterima, dia masih dalam posisi off-side.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam dalam kenyataan pada Julai, pernah menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia ambil tindakan proaktif bagi memperbaiki mutu pengadilan kerana dibimbangi bakal menjejaskan Liga Malaysia sebagai produk liga utama negara.