Resepi agar-agar yang simple tapi eksklusif! Menarik & sedap!

Resepi agar-agar yang simple tapi eksklusif! Menarik & sedap!

 

Selain menyediakan menu utama seperti nasi, ketupat, rendang dan sate sempena Hari Raya Aidilfitri, mesti kita tidak terlepas dengan menu pemanis mulut juga dijadikan santapan para tetamu.

Paling mudah sekali untuk dihidangkan adalah agar-agar yang boleh dibuat secara ekspres!

Jadi, ada tak resepi agar-agar yang menarik untuk dicuba?

Menarik untuk dicuba pada Hari Raya kali ini adalah 9 koleksi resepi agar-agar yang simple tapi eksklusif.

Tak payah susah susah cari pemanis mulut di luar, anda boleh buat agar-agar ini sahaja dan pastinya akan dipuji oleh tetamu yang datang ke rumah.

KOLEKSI RESEPI AGAR-AGAR UNTUK HARI RAYA!

1.AGAR-AGAR KOKTAIL

resepi agar-agar

Masa:

Penyediaan: 5 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 15 minit

Jumlah Hidangan : 6 orang makan

Bahan-Bahan:

-1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
-900 ml air
-1 tin koktel buah-buahan
-1 tin susu cair
-1 1/2 cawan gula pasir
-1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

1-Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
2-Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-3-buahan koktel berserta airnya sekali.
3-Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
4-Tuang di dalam loyang dan sejukkan.

Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap.

Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.

2.AGAR-AGAR LUMUT

resepi agar-agar

-30 gram agar-agar tali
-2 biji telur
-1 kotak kecik santan kara
-1 cawan rata gula
-5 helai daun pandan yang diblend dengan 1 cawan air
-2 cawan air
1 sudu kecik pewarna hijau

Masak agar-agar dengan 2 cawan air hingga larut.. Blend telur bersama santan ketepikan. Masukkan air daun pandan masukkan gula.. Kacau hgga gula larut.. masuk perwarna hijau.

Masukkan santan yang diblend perlahankan api. Tunggu hingga menggelegak naik kepala santan kacau dan tutup api. Tuang dalam loyang yang dibasahkan masa masih panas. Biarkan keras sikit baru masukkan dalam peti ais.

3.AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

resepi agar-agar

-2 paket panjang agar-agar tali
-1/2 cawan gula merah dimasak bersama 1/2 cawan air ketepikan
-1 kotak kecik santan
-1 biji telur
-2 cawan air
-3 sudu mkn gula putih

Masak air 2 cawan bersama agar-agar hingga larut. Blend santan bersama 1biji telur ketepikan. Masuk air gula merah dan gula putih tadi kacau hingga mggelegak..

Masuk santan yang diblend tadi dan perlahankan api sambil dikacau hingga santan tadi naik kepala.

Tutup api tuang ke dalam loyang yang dah dibasahkan. Biar hingga keras sikit baru disimpan dalam peti ais.

4.AGAR-AGAR LAPIS MILO

resepi agar-agar

Bahan – bahan :

-1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
-6 cawan atau 1200ml air
-1 tin susu cair
-1 1/4 cawan gula pasir (ATAU 1 cawan jika anda suka kurang manis)
-1/3 cawan serbuk milo
-2 sudu besar serbuk koko
-1/2 sudu teh garam halus
-2 helai daun pandan

Cara Membuat :-

1.Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.

2.Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.

3.Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.

4.Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati.

5.Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.

6.Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati. Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais. Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan

5.AGAR-AGAR BANDUNG CINCAU

resepi agar-agar

-agar-agar tali

-Sebungkus agar-agar sukatan airnya guna plastik pembungkus agar-agar tu..sebungkus penuh airnya.. Didihkan sampai agar-agar hancur.. Masukkan pekatan sirap tawar..didihkan.

-Kecilkan api..masukkan susu pekat SAJI satu tin@secukup rasa manis. Saya tak guna pun susu cair.. Sama je rasanya guna susu cair@tak guna.

-Tutup api..biarkan suam masukkan cincau yang telah dipotong-dipotong halus ke dalam agar-agar..tuang ke dalam bekas acuan. Atau masukkan cincau ke dalam bekas acuan.. tuang agar-agar ke dalam acuan. Kalau cincau takda kat rumah boleh saja gantikan dengan biskut oreo atau apa-apa makanan yang warna hitam macam cincau..

p/s : kalau nak rasa lebib sedap..boleh masukkan satu tin aiscream soda semasa agar-agar masih cair dengan syarat kurangkan sukatan air mengikut sukatan aiscream soda.

6.AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

resepi agar-agar

Bahan-bahan:

1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
750ml air
160gm gula
1 tin ( 400gm) susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus (137gm) biskut oreo – patahkan tapi biar 2 lapis

Cara-cara:

1- Masak agar agar dan air hingga larut.
2- Masuk gula dan masak hingga gula larut.
3- Masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
4- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
5- Tuang 1 cawan campuran miloke dalam acuan, panaskan campuran milo yang setengah lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
6- Bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih tadi , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
7- Tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dalam peti sejuk..

7.AGAR-AGAR BUAH NAGA

resepi agar-agar

Ramuan:

-800ml air
-10g serbuk agar-agar
-100ml air tambahan
-¾ cawan isi buah naga merah, dilenyekkan
-1 sudu besar jus limau
-250g gula perang

Cara:

1. Lenyekkan isi buah naga dan biarkan. Anda juga boleh menggunakan mesin pengisar elektrik.
2. Campurkan gula perang dengan 800ml air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Campurkan serbuk agar-agar dengan 100ml air dan tuang ke dalam sirap mendidih. Biarkan mendidih selama 1 minit lagi, sambil mengacau.
4. Campurkan isi buah naga, jus limau dan gula tambahan jika perlu.
5. Tuangkan campuran ke dalam acuan, biarkan menyejuk dan letakkan ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang.

8.AGAR-AGAR AISKRIM SODA

resepi agar-agar

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar serbuk warna biru
2 cawan air
2 cawan susu cair
2 cawan aiskrim soda
1 1/2 cawan gula

Cara-cara :

1.Didihkan air. Masukkan agar-agar serbuk dan gula serta pewarna biru. Kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur. Didihkan dengan api yang perlahan. Sentiasa dikacau. Apabila dah ada tanda nak mendidih, tutupkan api. Agar-agar dibahagi 2,

2.Satu bahagian di tambah aiskrim soda dan satu bahagian ditambah susu cair. Kacau kedua-dua bahagian dengan sebati. Boleh di tuang ke dalam acuan selapis susu dan selapis lagi warna biru soda ke dalam loyang.

3.Sejukkan. Bila mengeras bolehlah dikeluarkan dari acuan atau dipotong-potong.

9.RESEPI AGAR-AGAR NENAS

resepi agar-agar

Bahan-bahannya : 7 biji agar-agar (bergantung pada size acuan)
● 4gm agar-agar strip @ tali – basuh, rendam seketika dalam air, basuh, toskan, ketepikan
● 600ml air
● 150gm isi nenas segar jenis manis – potong cube kecil
● 70gm gula – ikut manis
● secubit garam

Cara-caranya :

1. Tuang 600ml air ke dalam agar-agar yang telah direndam tadi masak hingga aga-agar itu larut,

2. Masukkan isi nenas, gula dan garam, didihkan lagi hingga naik bau harum dan nenas secukup masak, basuh bekas acuan yang disukai terlebih dahulu kemudian tuang ke dalam acuan,

3. Bekukan dan sejukkan, hidangkan.

*Selamat mencuba!