Syafiq Kyle, Mimi Lana batal majlis nikah, tak jadi kahwin

Syafiq Kyle, Mimi Lana batal majlis nikah, tak jadi kahwin

 

Pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana dilaporkan membatalkan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 18 Ogos ini.

Perkara itu disahkan oleh pengurus pasangan berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu yang diundang.

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Mohon maaf atas segala kesulitan,” demikian mesej itu yang dihantar kepada tetamu hari ini.

Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis itu hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.

Majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.

Berita pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti itu menggemparkan industri seni tempatan apatah lagi Mimi baru saja meraikan majlis ‘bachelorette’ baru-baru ini.

Pada 21 Januari lalu, Mimi memuat naik gambar dipercayai majlis pertunangannya dengan Syafiq.