Rangup sampai petang, ini rahsia cara buat ayam goreng Upin Ipin

Rangup sampai petang, ini rahsia cara buat ayam goreng Upin Ipin

 

Kalau tengok cerita Upin Ipin mesti akan ada part makan ayam goreng kegemaran ni. Memandangkan anak-anak kita pun suka ayam goreng jom lah kita buat ayam goreng Upin Ipin ini.

Nampak macam goreng biasa saja tapi rasanya memang boleh buat bukan saja anak, mak ayah pun ketagih. Cara membuatnya dikongsi oleh Jimmy Aisy.

Resipi ayam goreng Upin Ipin

Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Rahsia Rangup Sampai Petang Tepung Kena Bancuh Sendiri

Bahan-bahan
– Peha Ayam
– 4 ulas bawang putih di tumbuk halus
– 1/2 inci halia ditumbuk halus
Gaul ayam dengan dua bahan ini dan letak tepi dulu.

Bahan untuk tepung salutan
– 3 sudu makan tepung gandum
– 2 sudu makan tepung beras
– 1 sudu makan tepung ubi
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil white pepper
– 1 sudu kecil black peppercorns
– 1 sudu kecil ketumbar *
– 1 sudu kecil jintan manis *
– 2 sudu kecil jintan putih *
– Pink Salt Himalayan secukup rasa
– Perasa secukup rasa

Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Rahsia Rangup Sampai Petang Tepung Kena Bancuh Sendiri

Cara membuat:

1. Sangai bahan yg bertanda dan kisar halus. Kemudian masukkan kesemua tepung dalam satu bekas dan gaulkan sehingga rata. Masukkan juga bahan sangai yang dikisar tadi.

2. Seterusnya masukkan baking powder, garam, perasa, white pepper, black peppercorns dan gaul rata. Jika nak pedas boleh tambah chilli powder.

3. Ambil sesudu makan tepung yang sudah dibancuh dengan bumbu kemudian gaul dengan peha ayam. Biar basah sikit, selepas itu baru gaul dengan tepung yang banyak. Biarkan ayam disalut rata macam tepung gomak ok.

Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Rahsia Rangup Sampai Petang Tepung Kena Bancuh Sendiri

4. Sediakan kuali atau peiruk dan goreng ayam guna minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
Pastikan minyak kena betul-betul panas, baru tepung terus lekat, api kena perlahan supaya bahagian dalam ayam masak.

5. Jangan balik-balikkan ayam ketika menggoreng. Goreng ayam dalam 8 ke 10 minit, lepas 4 minit baru balikkan dan goreng satu bahagian lagi selama 4 minit lagi.

Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Rahsia Rangup Sampai Petang Tepung Kena Bancuh Sendiri

6. Dah garing angkat dan tos minyak. Ayam ini akan rangup sampai ke petang.

Info: Lebihan tepung boleh simpan, masuk dalam belas bertutup rapat.

Selamat mencuba.