Tahniah!!! Hadir kali kedua pernikahan keluarga Neelofa, menteri agama gembira mendapat perhatian selebriti popular tanahair
USAHAWAN dan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz bersama pasangannya, pendakwah Haris Ismail, 26, dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pada majlis itu, ijab kabul telah disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor di sini tepat pukul 11.43 pagi tadi.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami
berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT,
insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020.