Saksi dengar jeritan Allahuakbar dari penunggang motosikal
Seorang saksi yang dikenali sebagai Ihsan memaklumkan kepada wartawan bahawa dia terdengar jeritan Allahuakbar daripada mangsa yang menaiki motosikal ketika tragedi nahas kapal terbang di Persiaran Elmina sebentar tadi.
Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
Ihsan,37 yang bekerja di Pengurusan Air Selangor itu menjadi saksi kejadian sebuah pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di sini hari ini.
Difahamkan, Ihsan yang sedang membaca meter air berhampiran lokasi terbabit dan sedang menaiki motosikal ke Persiaran Elmina untuk urusannya itu tiba-tiba mendengar bunyi dentuman kuat di belakang.
Saya pusing belakang lihat kepulan asap dan terus berpatah balik.
Ketika itulah saya lihat penunggang motosikal itu menjerit kalimah Allah dan bergerak sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu.
Katanya lagi, dia juga melihat seorang dari pesawat itu berada di luar dalam keadaan rentung.
A light aircraft is believed to have crashed onto the road in Elmina, Shah Alam.
Its wreckage, together with a burnt motorcycle, was found on the highway.
Two individuals have reportedly died in this accident.pic.twitter.com/cd4SABj99u
— BFM News (@NewsBFM) August 17, 2023