Jadi, sekiranya penerbangan dibolehkan, pastinya ramai orang bukan Islam yang akan melintasi kota suci Makkah melalui udara.Saban tahun, kota suci Makkah menerima kunjungan ratusan ribu jemaah bagi menunaikan haji dan umrah.
Ini sebab kenapa tiada pesawat berani terbang atas Kaabah, mesti ramai akan terkejut
Makkah yang merupakan kota suci umat Islam menjadi salah satu lokasi yang ‘diharamkan’ dari dilintasi pesawat. Ternyata perjalanan kapal terbang mempunyai sekatan jalan tersendiri.
Buat pembaca yang sempat menjejakkan kaki di tanah suci mungkin bertanya-tanya, mengapa tidak ada satu pun pesawat yang mengudara di atas Kaabah.
Terdapat tiga penjelasan mengapa pesawat tidak boleh melintasi kaabah dan kota suci Makkah sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda ramai.
1. Alasan pertama tiada pesawat yang terbang melintasi kaabah kerana tidak ada lapangan terbang yang dibina di kota Makkah.
2. Alasan kedua merujuk kepada fakta bahawa kerajaan Saudi telah mengkategorikan kota Makkah sebagai zon larangan terbang bagi penerbangan komersial kerana menghormati tanah suci.
3. Alasan ketiga adalah kerana orang bukan Islam yang sememangnya diketahui tidak dibenarkan memasuki Kota Makkah.