Suami kantoi curang dengan jiran, bini orang anak 4! Penyondol baik dengan isteri, setiap petang selalu borak depan rumah
Siapa sangka orang yang begitu dekat dengan kita sanggup bertindak ‘tikam belakang’.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila jirannya yang nampak baik di mata, sebenarnya bersikap sebaliknya sehingga sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain.
Dalam diam, jirannya itu tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sendiri!
Menerusi satu perkongsian, isteri malang itu berkata, jirannya yang merupakan ibu kepada empat anak itu juga adalah rakan sepejabat suaminya.
“Suami kantoi curang dengan rakan pejabat dan bini orang dengan empat anak. Perempuan tu juga jiran sebelah rumah .
“Setiap petang kami duduk bersembang depan rumah sambil memerhatikan anak masing-masing bermain,” tulisnya di grup Facebook.
Isteri tidak menyangka suami dan jirannya mempunyai hubungan sulit. -Gambar hiasan
Pada mulanya dia tidak dapat menghidu hubungan sulit antara suami dengan jiran berkenaan kerana kedua-duanya bijak menyembunyikannya.
Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
“Suami dan perempuan tu bijak sorok hubungan sampai saya tak perasan mereka berskandal.
“Tapi jangan lupa, sehebat mana kau sorok… Allah mampu menyingkap apa yang kau sedang sorokkan,” ujarnya yang merupakan ibu kepada lima cahaya mata.
Sejak kisah hubungan sulit suaminya terbongkar, wanita itu memberitahu, jirannya berasa malu dan terus mahu berpindah.
Namun kata suri rumah itu, dia tidak pernah bertindak secara agresif terhadap suami mahupun wanita berkenaan meskipun hatinya sakit hanya Tuhan saja yang tahu.
“Saya tak serang perempuan tu, saya tak serang suami. Saya cuma nasihat baik-baik,” katanya.
Suami sedih dan menangis. Dia ingat saya betul-betul dah maafkan dia dan lupakan apa yang terjadi.
Hampir setahun dia berjuang melawan perasaan sedih dan menyakitkan hati, dia akhirnya menghidap tekanan perasaan.
“Saya mengalami tekanan kena buat saringan mental dan check up berkala. Ia terjadi setelah apa yang berlaku.
“Saya mengumpul kekuatan untuk memfailkan permohonan cerai di mahkamah,” jelasnya.
Si isteri mahu memfailkan permohonan penceraian. -Gambar hiasan
Dalam perbualannya bersama suami, wanita itu menitipkan pesanan sebelum mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing.
“Saya pesan dekat dia, selepas ini kena belajar hidup berdikari. Sebab selepas ini saya dah tak akan ada dengan dia sampai bila-bila.
“Suami sedih dan menangis. Dia kata selama ni nampak saya OK. Dia ingat saya betul-betul dah maafkan dia dan lupakan apa yang terjadi.
“Tapi saya tipu dia sebab saya nak memfailkan kes ke mahkamah. Semoga kuat di hari yang mendatang,” katanya lagi menerusi grup Facebook Permasalahan Kes Di Mahkamah Syariah