“Pergi beli ikan” – Wanita terkejut jumpa nenek mengesot di tengah jalan pukul 3 pagi

“Pergi beli ikan” – Wanita terkejut jumpa nenek mengesot di tengah jalan pukul 3 pagi

Siapa saja yang tak terkejut apabila ternampak kelibat mencurigakan di tengah jalan raya dalam suasana sunyi pada waktu tengah malam.

Itulah pengalaman yang dihadapi seorang wanita yang berkongsi sebuah video memaparkan seorang nenek sedang ‘mengesot’ di tengah jalan raya pada pukul 3 pagi.

Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai Sarah, dia pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya berhampiran bandar Taiping, Perak.

“Pukul 3 pagi, tiba-tiba nampak something mencurigakan… aku ingatkan hantu tak ada kepala, jadi tarik nafas panjang sekejap.

“Kemudian aku perasan seorang makcik ni. Aku berhenti tanya nak ke mana… rumah di mana aku nak hantar balik sebab memang tak ada sesiapa di jalan pada waktu tu,” katanya.

Menerusi video tersebut, wanita itu terkejut apabila nenek terbabit menyatakan mahu ke pasar untuk membeli ikan.

Ujar Sarah, dia merasakan nenek tersebut melarikan diri dari sebuah rumah penjagaan orang-orang tua di kawasan berhampiran.

Tak sampai hati melihat keadaan nenek sebegitu, dia cuba memujuk untuk membawa warga emas terbabit pulang ke rumah penjagaan di situ.

@sarahzalii

Replying to @ibu ank dua❤️ harapp clearrrr di cinii otey ❤️

♬ Menyentuh Hati – Yuda pratama

“Aku perasan ada rumah orang-orang tua dekat kawasan situ, lepas pergi sana terkejut penjaga mak cik itu sebab pintu berkunci, macam mana boleh terlepas. Penjaga pun dah ambil, mak cik dah selamat sekarang,” ujarnya.

Menurut sumber mStar, Sarah meluahkan rasa hairan kerana nenek terbabit hanya ‘mengesot’ dan jarak ketika ditemui adalah kira-kira 10 meter dari pusat jagaan.

Difahamkan, mungkin ada penghuni yang terlupa nak kunci pintu sehingga menyebabkan nenek itu boleh keluar sendirian.

Rata-rata pengguna media sosial yang melihat perkongsian video itu menyatakan dia seorang wanita berani kerana menghampiri warga emas terbabit seorang diri pada waktu tersebut.

Namun, ada juga menitipkan pesan supaya lebih berhati-hati dengan mendapatkan bantuan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.