“Lain kali sila mengumpat di rumah” – Puteri Sarah enggan berjumpa dengan bekas menantu Kazar

“Lain kali sila mengumpat di rumah” – Puteri Sarah enggan berjumpa dengan bekas menantu Kazar

 

Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana berang selepas mendakwa bekas kakak ipar kepada Ira Kazar masih mengganggu ketenteraman dirinya walaupun sudah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Jangan mulakan!

bekas menantu Kazar

Terbaru, di Instagram Story, Puteri Sarah menegaskan dia tidak akan memulakan ‘peperangan’ ini sekiranya tidak ‘dijentik.’ Kata Puteri Sarah, 37, dia tidak mempunyai masa untuk ‘berdrama’ dengan jadual kerjanya yang padat.

sarah11 - 1

Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia sudah pun move on dari penceraiannya dengan Syamsul.

Orang dah move on tak perlu nak ungkit cerita semua. Sekarang, nak play victim pula kata tak bercerita.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap dengan keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut. Malah, dia menolak ajak wanita terbabit untuk bersua muka.

Nak jumpa saya? Maaf, bercakap dengan peguam saya. Saya jumpa di mahkamah nanti.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam , 6, dan Summayah, 5.

Manakala pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.