Ibu Shila Amzah dedah wajah ‘penyondol’ tanpa purdah, timbul pula dakwaan isteri ND Lala pernah kikis duit suami orang sampai bercerai?

Ibu Shila Amzah dedah wajah ‘penyondol’ tanpa purdah, timbul pula dakwaan isteri ND Lala pernah kikis duit suami orang sampai bercerai?

 

Bekas isteri penyanyi, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman secara terbuka mendedahkan wajah ‘penyondol’ tanpa memakai purdah di khalayak umum.

Menerusi platform di TikTok, Fauziah memuat naik tiga keping foto isteri baharu ND Lala yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani telah meraih pelbagai reaksi netizen.

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengirimkan foto-foto tersebut kepadanya.

“Terima kasih yang DM saya gambar ini,” katanya.

Difahamkan, isteri baru ND Lala itu merupakan rakan baik Shila ketika di zaman persekolahannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa wajah Fauziah lebih cantik dan manis dariapda wanita tersebut yang telah ‘memusnahkan’ bahtera perkahwinannya selama 38 tahun bersama ND Lala.

Menurut portal Xtra, ada individu mendakwa Siti Munirah pernah mengikis duit bapa saudaranya sehingga hubungan perkahwinan mereka terlerai.

Sebelum ini, Fauziah tampil mendedahkan cerita sebenar yang terjadi dalam kemelut rumah tangganya.

Susulan itu, Fauziah juga berkongsi video anak lelakinya didakwa mencuri kereta isteri baru ND Lala sehingga telah menimbulkan pelbagai persoalan netizen yang terkesan melihat keadaan penyanyi 80-an itu seperti ‘pak turut’.