Tak lingkup lepas dikecam, wanita bersyukur ‘Omelette RM13’ terjual 200 set sehari
![Tak lingkup lepas dikecam, wanita bersyukur ‘Omelette RM13’ terjual 200 set sehari Tak lingkup lepas dikecam, wanita bersyukur ‘Omelette RM13’ terjual 200 set sehari](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2023/08/WhatsApp-Image-2023-08-30-at-4.04.28-PM-e1693382732235.jpeg)
Omelette yang dijual dengan harga RM13 oleh seorang peniaga makanan telah menjadi perhatian ramai dan menghadirkan pelbagai maklum balas netizen.
Peniaga tersebut turut menunjukkan cara memasak dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat omelette tersebut sehingga ‘layak’ berharga RM13.
@daniasedek Replying to @. Insyallah lepas saya dh kire semua kos & timbang semua perkara , Ini adalah harga terbaik untuk kepuasan pelanggan. Bagi yang suke dengan Omellete special, Pastu akan menyukai dan berpuas hati dengan Omelette Thai With Prik Nam Pla bersama Taugeh Ipohh…
Jualan meningkat hingga 200 set sehari
Namun begitu, walaupun teruk dikecam di media sosial, peniaga dikenali sebagai Dania Sedek telah memaklumkan yang jualan telur dadar Thai di kedainya meningkat sehingga terjual 200 set dalam masa sehari.
“200 Set Telur Sold Out today.
Terima Kasih Allah Ya Allah , Rezeki semua Pejuang Niase …
“Saya xmarah. Saya cume kesian . Pasai x tentu hala dh sayu Malaysia dek kerana TELOQ NIASE” tulisnya.
Tak menang tangan goreng telur
Dia juga akui tersenyum bahagia apabila tidak henti menerima pesanan telur dadar tersebut selepas isu berkenaan viral di media sosial sehingga dapur tempat menggoreng hangus.
Dia juga meminta orang ramai yang menghinanya kini menunggu waktu untuk melihatnya berjaya membuka sebuah restoran mewah suatu masa nanti.
Terdahulu, video yang dikongsi peniaga berkenaan telah tular di media sosial sehingga menerima kecaman ramai.
Mana tidaknya, telur dadar yang dijual di kedai masakan Thailand miliknya berharga RM13 dan dianggap terlalu mahal memandangkan bahan-bahan yang diisi dalam bancuhan telur tersebut mudah didapati diluar.