Madammu dedah suami sanggup beli berbotol air mineral, tak bagi ‘baby’ mandi air paip di kampung

Madammu dedah suami sanggup beli berbotol air mineral, tak bagi ‘baby’ mandi air paip di kampung

Usahawan produk kecantikan terkenal, Ericya Baiduri atau lebih dikenali dengan panggilan Madammu berkongsi sebuah video gelagat suaminya, Muhammad Azri Che Noh sewaktu pulang bercuti di kampung halaman.

Over kan papa?

Menerusi hantaran tersebut, Madammu mendedahkan suaminya sanggup membeli air mineral kerana tidak mahu bayi mereka, Ahmad Kayden mandi dengan menggunakan air paip sewaktu berada di kampungnya, Besut, Terengganu.

Dalam video tersebut, Madammu berkata suaminya seorang bapa yang sangat kasih dan manjakan anaknya dengan memandikan bayi mereka dengan beberapa air mineral.

“Ini bukan kerja Mummy (Madammu). Ini kerana papa. Kayden (anak) balik kampung, tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli.
“Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga je. Awak semua kecam sikit TP (suami) tu. Tapi begitulah kasih seorang bapa yang orang jarang nampak”tulisnya.
@madammmmu

Kasihnya bapa!

♬ Doaku Untukmu Sayang – Egus Rivilla

Hantaran tersebut juga jelah memaparkan pembantunya mencampurkan air mineral daripada beberapa buah botol ke dalam bekas mandian bayi.

Nampak air karat waktu tiba di kampung

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan Madammu menjelaskan suaminya bertindak demikian setelah melihat warna air di dalam tangki setibanya mereka di kampung halaman pada ketika itu.

Sekadar info, Madammu selamat melahirkan bayi pertama pada 9 Jun lalu selepas menanti sejak mendirikan rumah tangga pada 2015 bersama suami.

Untuk rekod, suami Madammu mempunyai tiga orang anak iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi hasil perkahwinan terdahulu dan dijaga baik oleh Madammu.