Tak akan berkahwin kerana tidak mahu isteri tersiksa, Mimi Peri sanggup tahan nafsu akibat alami masalah ini
Pendedahan yang dibuat oleh personaliti media sosial terkenal, Mimi Peri baru-baru ini telah mengundang perbincangan hangat di kalangan pengikutnya.
Mana tidaknya, pemuda yang berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu mengaku bahawa dia sanggup menahan nafsu seumur hidup untuk tidak berkahwin.
Bukan sengaja mahu hidup membujang selamanya, pemilik nama sebenar Ahmad Jaelani itu rupa-rupanya mengalami masalah kebatinan iaitu mati pucuk.
Pemuda berusia 35 tahun itu khuatir sekiranya masalah yang dialaminya itu akan mengecewakan dan memberi kesan panjang kepada bakal isterinya.
Hal ini kerana, Mimi Peri mendakwa dirinya tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan memberi nafkah batin kepada mana-mana wanita.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat Mimi Peri bagi menjawab persoalan para peminat yang tidak sabar mahu melihat lelaki berkenaan menamatkan zaman bujang.
“Saya jujur sahaja dengan anda semua, sepertinya saya tidak akan bernikah. Kerana saya sebenarnya impoten, saya tidak hidup (mengalami masalah mati pucuk).
“Jadi daripada saya mengecewakan calon isteri, lebih baik saya menahan nafsu untuk seumur hidup. Sudah ya, jangan tanya lagi soalan (bila nak kahwin) ini.
“Saya tidak akan bernikah kerana tidak mahu menyakiti orang lain ataupun disakiti,” tegas Mimi Peri menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.
Mimi Peri yang turut berlakon dalam filem arahan Fizz Fairuz, Mat Tudung Begins itu juga hanya mahu menumpukan seluruh perhatian untuk bekerja dan mencintai diri sendiri.
“Saya lebih tenang mencintai diri sendiri dan mencari lebih banyak wang (bekerja). Sudah, saya tidak mahu bernikah sampai bila-bila pun.
“Kerana saya juga sudah banyak kali dikecewakan oleh para wanita. Tegas saya katakan, saya tidak akan berkahwin.” Ulas lelaki itu lagi.