Makcik bertekak dengan pekerja katering nak tapau lauk kenduri
Bila dapat jemputan ke kenduri kahwin, memang ramai di antara kita yang teruja sebab dapat makan nasi minyak dan pelbagai lagi juadah istimewah lain termasuklah kuih-muih dan pencuci mulut.
Namun, baru-baru ini kecoh di TikTok apabila ada seorang wanita yang bergaduh mulut dengan staf katering kerana dia mahu tapau atau membungkus lauk kenduri sedangkan pada ketika itu, majlis belum pun bermula.
Video makcik berkenaan meminta untuk membungkus lauk telah dikongsikan di platform TikTok oleh akaun wan_takaful.
Dalam video yang berdurasi selama 44 saat itu, difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 pagi, jadi majlis belum pun bermula.
Ramai netizen yang berpendapat budaya tapau lauk kenduri dibolehkan jika majlis tersebut memasak lauk kenduri secara rewang, namun jika majlis itu menggunakan perkhidmatan katering, tak boleh lah minta bungkus lauk kecuali memang dibenarkan oleh tuan rumah.
Dalam video berkenaan juga, dapat didengar staf katering berkenaan menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa mereka tidak dapat membungkus lauk untuk wanita itu kecuali jika ia diminta pada penghujung majlis.
Ada juga netizen yang bekerja dengan syarikat katering bahawa jika perkara seumpana ini terjadi, dia akan bertanya kepada tuan rumah terlebih dahulu.
Apa pula pendapat korang tentang isu ini?
@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang