Angkuh! Sanusi yakin PN menang PRK Pelangai

Angkuh! Sanusi yakin PN menang PRK Pelangai

 

Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memberikan kemenangan untuk PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober depan.

“Jadi saya minta orang Pelangai, jangan buat perangai. Jangan bagi kalah, bagi menang.

“Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini, ia bukan kerana ramalan ahli nujum tapi berdasarkan pengalaman di tempat lain kalau sambutan di Felda macam ini, memang PN akan menang,” kata beliau di sini pada Jumaat.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu ditemui selepas ceramah sempena Program Sanusi Mai Pelangai di Felda Kemasul di sini yang dihadiri penyokong PN.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah,

Ujar Sanusi, beliau yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional (BN) tersebut.

Mengulas program tersebut yang dijalankan hingga 24 September, Sanusi memberitahu kemungkinan beliau kembali semula ke Pelangai selepas ini.