“Abang janganlah macam ni..” – Rider terkedu kena cabul, akur permintaan bapok suruh panggil ‘Alia’
PELBAGAI ragam pelanggan perlu dihadapi pekerja penghantar makanan ketika menguruskan pesanan.
Ada yang mengguris hati, menghibakan, menyeramkan, melucukan dan tidak kurang juga membimbangkan.
Melalui satu hantaran di laman X, seorang pemuda menceritakan pengalamannya berdepan dengan pelanggan ‘dua alam’.
Menurut pemuda itu, ketika menerima pesanan, pelanggan tersebut meletakkan nama dalam aplikasi sebagai Alia dan memintanya menghantar makanan ke sebuah hotel bajet.
Namun dia terkejut apabila suara pelanggan itu kedengaran garau seperti lelaki apabila dihubungi melalui panggilan telefon.
“Aku rasa macam diri aku tiada maruah selepas kejadian tadi. Ceritanya macam ni, waktu aku sampai dekat lobi hotel, aku telefon pelanggan Alia ni beritahu makanan dah sampai.
“Kemudian dia cakap macam ni, abang boleh naik atas tak hantar dekat bilik saya, nombor 309. Tapi masalahnya nada suara dia langsung tak dengar macam Alia, lebih pada suara lelaki sebab kasar bunyinya.
“Walaupun hati ni macam berat, tapi aku setuju juga la untuk naik atas. Bila aku sampai depan bilik 309, rupanya pelanggan ni dah berdiri dekat luar dengan lenggok tubuh yang mengghairahkan. Dia cekak pinggang sambil sandarkan badan dia pada pintu.
“Tapi itu baru sikit, apa yang terjadi selepas tu adalah perkara yang langsung aku tak terbayang boleh berlaku,” imbas pemuda tersebut.
Pemuda itu mendakwa bahagian kemaluannya secara mengejut diraba oleh Alia.
“Harga makanan pelanggan tu RM25, dia bagi RM100. Jadi aku kena pulang baki RM75. Waktu aku tengah selak dompet nak cari baki, tiba-tiba tangan pelanggan pegang bahagian sulit aku.
“Memang tersirap darah. Aku pun terus cakap, encik jangan la macam ni, takut saya. Lepas tu boleh pula dia jawab, kenapa panggil encik, panggil Alia je. Aku pun akur sebab tengah seram, okay baik Alia.
“Lepas dah selesai bagi baki, aku terus kelam-kabut gerak dari situ. Tak sangka aku boleh dicabul oleh bapok,” ujar pemuda berkenaan terkesima.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berteka-teki kejadian tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan wajah pemuda itu yang kacak.
“Cantik la gigi abang ni, tersusun rapi. Mungkin sebab tu senang kena kacau. Tapi part yang dia minta sebut nama sebagai Alia tu sumpah lagi seram daripada jumpa hantu.
“Sebab perangai Alia seorang ni, habis rosak nama Alia yang lain. Padahal kami ni perempuan tulen, dia tu palsu,” kata sebahagian pelayar.