“Abang tak bagi balik selagi nasi lemak tak habis” – Budak menangis kepenatan, dipaksa menjaja di pantai hingga lewat malam

“Abang tak bagi balik selagi nasi lemak tak habis” – Budak menangis kepenatan, dipaksa menjaja di pantai hingga lewat malam

“Jangan menangis,” demikian ayat pujukan daripada pengadu kepada seorang kanak-kanak yang datang menghampirinya semasa berada di Pantai Klebang.

Menurut pengadu, kanak-kanak perempuan berkenaan menangis kepenatan kerana disuruh menjual nasi lemak oleh abangnya. Dia tidak dibenarkan pulang selagi nasi lemak itu tidak habis dijual.

“Ceritanya macam ni, kami tengah healing di tepi Pantai Klebang. Bila nak balik, tiba-tiba budak ini datang terus menangis sambil cakap penat.

“Beli lah nasi lemak, RM1 je”

“Budak ini kata, abang tidak benarkan dia balik selagi tak habiskan jualan. Dia terus menangis. Mula-mula slow je (menangis), lama kelamaan semakin kuat menangis.

“Jadi kami ambil keputusan nak tolong jual je.

@sjbkim

Ibu bapa sekarang please stop forcing your kids selling for your own sake. Ceritanya macam ni, kami tengah healing tepi pantai actually and dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap penat, belilah nasi lemak rm1 je. Abang tak bagi balik selagi tak habiskan then terus menangis. Mula-mula slow je, lama-lama makin kuat nangis. So kami decide nak tolong jual jerrr. Tolong la ehh ibu bapa, kalau dorang cakap dah penat tolong la jangan paksa. Lagipun kerja – kerja ni bukan umur dorang untuk buat semua ni. Dorang patut main dan tidur je kat rumah😭. #fyp #fypシ゚viral #f #nasilemak #viral

♬ original sound – Sq – Sq

“Tolong la eh ibu bapa. Kalau diorang cakap dah penat, tolonglah jangan paksa. Lagipun kerja-kerja ini bukan sesuai dengan umur diorang yang sepatutnya bermain dan tidur di rumah,” ujarnya.

Di ruangan komen, ada netizen berasal dari Melaka mengakui ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan kanak-kanak untuk menjual barangan mereka.

Taktik itu digunakan bagi meraih simpati rakyat tempatan atau pelancong luar yang mudah menaruh perasaan simpati dengan kanak-kanak.

“Dekat Melaka, ini memang modus operandi niaga guna budak-budak. Mak ayah duduk tunggu dalam kereta. Budak-budak ada yang 4-5 tahun, jam 12 malam masih menjaja.

“Sebenarnya bila anak yang bantu jual, orang yang membeli lebih kepada rasa simpati. Kalau susah macam mana sekali pun, ibu bapa perlu berusaha sendiri, bukannya menyusahkan anak-anak,” kata netizen.