Achey beli MPV hasil keuntungan jualan Tiara Candy, jadikan sebagai van jenazah percuma bagi golongan memerlukan

Achey beli MPV hasil keuntungan jualan Tiara Candy, jadikan sebagai van jenazah percuma bagi golongan memerlukan

Selepas hampir sebulan perniagaan anak perempuan Achey, Nur Tiara Zinnirah diperkenalkan pada umum menerusi aplikasi TikTok.

Tiara Candy mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada netizen, jualan pek gula-gula itu juga merupakan cetusan idea daripada “boss muda” dan ia masih diteruskan hingga ke hari ini.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah tidak menjangkakan rezeki yang datang bersama Tiara memandangkan ia adalah kali pertama anak perempuannya terlibat dalam bidang keusahawanan.

Pelawak itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok memperagakan sebuah MPV berwarna hitam dengan tertera “Van Jenazah” dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Jelasnya, kenderaan itu merupakan hasil kejayaan yang dikecapi menerusi penjualan Tiara Candy.

“Alhamdulillah ini adalah pencapaian daripada korang support Tiara Candy untuk saya, semua merasa hasilnya.. Haa inilah dia..

“Sebelum itu, saya nak panggil orang kuat, isteri saya (Nor Hasanah Yahaya atau Anne) dan Tiara.

“Sebuah MPV untuk Tiara ataupun untuk kita,” ucapnya.

Tambahnya, van jenazah itu adalah percuma kerana ia merupakan sumbangan orang ramai yang memberi sokongan kepada perniagaan anaknya.

Dalam masa yang sama, Achey memohon maaf sekiranya sumbangan kenderaan itu tidak seberapa.

Dia berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan kepada komuniti disebabkan ia tidak memerlukan bayaran sewa (percuma) khususnya kepada waris yang kurang berkemampuan.

Bukan itu sahaja, dia dalam video itu menjelaskan bahawa turut menyediakan set kain kafan bagi penggunaan perjalanan jarak dekat.

“Doakan kami dapat keluarkan van jenazah percuma lagi di kawasan yang memerlukan. Walaupun second hand, kami percaya ia membantu,” maklumnya dengan penuh harapan.

Bagaimanapun, van berkenaan tidak dapat beroperasi lagi berikutan peti mayat belum disiapkan.

“Insya-Allah kami cuba secepat mungkin,” katanya lagi.

@achey_kintangkintung

Untuk dia dan untuk kita .. #tiaracandy

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Terdahulu, penjualan Tiara Candy semakin mendapat sambutan hangat daripada orang ramai apabila sejumlah 3,000 pek gula-gula sold out dalam tempoh satu jam sahaja.

Achey dalam satu muat naik video di TikTok meluahkan rasa syukur hasil penjualan itu.

Jelas Achey, hasil jualan tersebut berjaya mengatasi jumlah pada malam pertama jualan dengan sejumlah 3,000 pek terjual dalam masa dua jam.

Dalam klip berdurasi 1 minit 53 saat itu, dia bersama anak perempuannya yang berusia lima tahun berjalan dengan menunjukkan resit penjualan Tiara Candy.