Air di Kelantan dah selesai ke? Tuan Ibrahim kena serang

Air di Kelantan dah selesai ke? Tuan Ibrahim kena serang

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus kena serang. Facebook Timbalan Presiden Pas itu dibanjiri kecaman netizen berhubung masalah bekalan air yang sejak puluhan tahun berlarutan di Kelantan.

Serangan netizen di ruangan komentar hantaran di FB Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkenaan perkembangan pemulihan bekalan air di Selangor yang katanya sudah mencapai 93 peratus.

“Alhamdulillah. Setakat ini pemulihan akaun pengguna sudah mencapai 93%. Saya telah bertemu dengan barisan hadapan JAS, SPAN, LUAS dan Air Selangor petang tadi. Mereka terlibat di peringkat pemantauan, rawatan dan pembekalan air.

“Saya mewakili KASA mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kerana mereka telah bertungkus-lumus selama 24 jam bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna lebih awal daripada jangkaan.

“Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang besar buat mereka. Sekali lagi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua,” kata Tuan Ibrahim.

Walau bagaimanapun, netizen bertali arus mempersoal bagaimana penyelesaian bekalan air bersih di Kelantan.

Antaranya:

Amri Kamarudin:
Alangkah baik nya jika klate buleh tiru mace selangor….
Tak perlu tunggu 2030 utk dpt air jernih dan bersih.

Halim Rahman:
moleknya kalu kelate pun buleh settle dale masa 4 hari gini jugok.

Mat Alang:
Herooo rakyat selangor…takbir kalu nk harapkan mb kelantan yg tolong selesaikan isu ayaq selangor…xmandi la rakyat selangor…..

Faisal Fauzi:
Air di kelantan dah settle ke? Hehe. Dah nak selesai baru muncul ya. Pandai claim.

Mohd Nidzamudin Othman:
Krisis air dikelantan pun blum settle lagi dato’ . Padang kala dah berapa hari air tiada.

Mohd Asmad Sulaiman:
ada menteri air rupanya…ok g setel air kelantan pulak

Muhammad Mu’az Ali Huddin:
pengguna di kelantan dah bper percent?