AJK Pas, Riduan Mat Nor dan Ir Khairil dijangkiti Covid-19

AJK Pas, Riduan Mat Nor dan Ir Khairil dijangkiti Covid-19

Ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor disahkan dijangkiti Covid-19 kategori 4.

Nasrudin yang lebih dikenali dengan panggilan Tantawi itu berkongsikan satu tangkap layar berkaitan keadaan terkini sahabat yang bersama-sama di dalam zaman awal pemuda Pas ketika dipimpin Ustaz Abu Bakar Chik itu.

“Dr Riduan Mohd Nor seorang sahabat dan pejuang yang rajin dan gigih. Bila beliau terlantar sakit, terasa sepi seketika. Artikel² bernas beliau juga tidak melintas lagi di wall kita. Doakan beliau sahabat² sekelian, agar beliau cepat sembuh dan dakwah ini masih memerlukan insan sepertinya”.

Berita itu dikongsikan sahabat baiknya, Nasrudin Hasan di dalam FBnya sebentar tadi.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang baru dilantik ke jawatan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ir Ts Hj Dr Khairil Nizam turut dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Dia yang sepatutnya hadir ke program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Sabah namun tidak dapat berbuat demikian kerana jangkitan tersebut.